KUALA LUMPUR: Negara mencatatkan pelaburan asing berjumlah RM188.4 bilion pada tahun lepas, peningkatan sebanyak 15.3 peratus berbanding 2022, kata Timbalan Menteri Pelaburan Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.
Beliau berkata pelaburan domestik menyumbang sebanyak RM141.1 bilion yang menyaksikan peningkatan sebanyak 35.1 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Katanya pelaburan asing menyumbang sebanyak 57.2 peratus daripada keseluruhan jumlah pelaburan RM329.5 bilion yang diluluskan pada 2023 manakala pelaburan domestik mewakili 42.8 peratus.
"Kita ingin memastikan jumlah pelaburan yang telah diluluskan dapat direalisasikan secepat mungkin dan membawa limpahan yang tinggi kepada ekonomi negara.
"Dengan merealisasikan pelaburan yang diluluskan, ia dapat memberi peluang pekerjaan yang lebih baik dengan kadar gaji yang lebih tinggi kepada rakyat Malaysia," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Datuk Lim Pay Hen yang ingin tahu mengenai jumlah pelaburan yang telah berjaya dimeterai oleh kerajaan sepanjang tahun 2023.
Menurut Liew, negara sebelum ini mencatatkan jumlah pelaburan yang tinggi tetapi tidak mempunyai pendekatan penyetempatan.
"Kali ini, kerajaan berhasrat untuk memastikan pelaburan yang masuk menjana pekerjaan yang baik dan gaji lebih tinggi serta penyetempatan diusahakan supaya pengusaha tempatan dapat manfaat daripada pelaburan asing," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 01 2024
Liew Chin Tong (foto) berkata pelaburan domestik menyumbang sebanyak RM141.1 bilion yang menyaksikan peningkatan sebanyak 35.1 peratus berbanding tahun sebelumnya. -Gambar fail/Bernama
Bayaran dam dan korban melalui THiJARI diteruskan
Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan perkhidmatan bayaran dam dan korban melalui aplikasi THiJARI untuk musim haji tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya, bagi memudahkan bakal jemaah haji negara untuk melunaskan tanggungjawab masing-masing.
Singapura kutuk, nasihat warganya di Malaysia berhati-hati
Singapura mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram di Johor pada Jumaat, yang mengakibatkan kematian dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi.
Pengajaran kepada kita, akibat fahaman radikal
Insiden yang menimpa dua anggota polis di Ulu Tiram patut dijadikan sebagai pengajaran akibat bila berfahaman radikal.
KJ beri gambaran tak cepat kembali ke dunia politik, jika mampu bertahan
Khairy Jamaluddin berkongsi pengalaman dalam program Ayuh Johor, termasuk melibatkan kejayaan ketika menggalas tugas sebagai menteri sehingga kekalahannya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15, yang lalu.
Lebih RM387 juta diperlukan untuk kerja pembaikan cerun runtuh
Lebih RM387 juta diperlukan bagi menjalankan kerja-kerja pembaikan di 531 lokasi cerun runtuh yang dikenal pasti belum dibaiki di seluruh negara.
Mokhzani letak jawatan Pengerusi Maxis
Maxis Bhd pada Jumaat mengumumkan bahawa Pengerusinya, Tan Sri Mokhzani Mahathir akan meletak jawatan berkuat kuasa 30 Jun 2024.
Kerajaan anjur kempen keselamatan 'online' untuk kanak-kanak
Kerajaan berhasrat untuk mengadakan kempen keselamatan dalam talian untuk kanak-kanak dan keluarga secara besar-besaran dalam tempoh terdekat.
Malaysia mungkin berdepan satu lagi siri PRK
Malaysia akan berdepan dengan satu lagi siri PRK sekiranya tujuh wakil Bersatu yang berpaling tadah tidak menyatakan sokongan kepada parti dalam tempoh 14 hari.
JKPK setuju proses terbuka untuk pelantikan Pengerusi SPR
Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat Mengenai Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Pembaharuan Institusi (JKPK) bersetuju bahawa proses pelantikan pengerusi baharu Suruhanjaya Pilihan Raya perlu dijalankan secara terbuka dan konsultatif dengan Parlimen.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Siasat lanjut, jika benar ia didalangi JI
Kerjasama antara badan-badan perisikan serantau perlu dipergiatkan bagi mengekang gerakan berkenaan daripada menggugat ketenteraman.
MIDA lulus 4,230 projek teknologi hijau RM41 bilion sehingga 2023
Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) telah meluluskan sebanyak 4,230 projek teknologi hijau bernilai RM41 bilion sehingga 2023.
Negara catat pelaburan asing RM188.4 bilion, pelaburan domestik RM141.1 bilion pada 2023
Beliau berkata pelaburan domestik menyumbang sebanyak RM141.1 bilion yang menyaksikan peningkatan sebanyak 35.1 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Projek KIGIP masih di peringkat awal - MITI
Projek Kerian Integrated Green Industrial Park (KIGIP) masih di peringkat perancangan awal dan fokus akan diberikan kepada proses pengambilalihan tanah daripada Sime Darby Plantation Bhd.
Tiada keperluan tukar Waktu Standard Malaysia kepada GMT+7 - MITI
Kerajaan tiada perancangan untuk menganjak penetapan waktu di Semenanjung daripada GMT8 kepada GMT7.
MITI cadang 'one-time subsidy' untuk pemilikan kenderaan EV
Chin Tong berkata cadangan tersebut telah dikemukakan kepada Kementerian Kewangan (MoF) dalam mesyuarat Jawatankuasa Pemandu EV Kebangsaan (NEVSC).
Malaysia sasar peranan lebih penting dalam rantaian bekalan penerbangan global
Malaysia menyasarkan untuk memainkan peranan lebih penting dalam rantaian bekalan global.
APEC 2024: Mesyuarat pertama ABAC tumpu reda tekanan ekonomi serantau
Mesyuarat tiga hari bermula semalam menjadi platform dialog kepada usaha untuk meredakan tekanan ekonomi yang melanda rantau ini.
Perjanjian perdagangan sempadan diperkemas, rancakkan perdagangan Malaysia-Indonesia
Perjanjian Perdagangan Sempadan antara Malaysia dan Indonesia yang telah ditambah baik dijangka memudah cara dan merancakkan lagi aktiviti ekonomi dan perdagangan antara kedua-dua negara.
Eksport halal Malaysia cecah RM44.17 bilion sehingga Oktober 2023
Nilai eksport bagi industri halal negara sehingga Oktober ini bernilai RM44.17 bilion, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Liew Chin Tong.
NIMP 2030 pertingkatkan industri untuk Malaysia dan negara-negara selatan - MITI
NIMP 2030 menyasarkan untuk meningkatkan perindustrian melalui pendekatan baharu berdasarkan empat misi.